KUALA LUMPUR: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 42 pendatang tanpa izin warga Filipina dengan menggunakan dua bot di perairan Semporna, Sabah, semalam.
Komander ATB 2 Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu membawa 14 lelaki, 10 wanita, 10 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan tanpa sebarang dokumen sah.
Beliau berkata terdahulu, pihaknya telah mengesan tiga bot dari Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke Bangau-Bangau, Semporna melalui pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia, TRILAT 01.
TRILAT 01 kemudian melaporkan pengesanan tiga bot itu kepada Pusat Kawalan Maritim ( (Malaysia MCC) untuk tindakan lanjut.
"Kapal Diraja Baung yang berada berhampiran lokasi kejadian turut dihubungi oleh TRILAT 01 dan Pusat Operasi Wilayah Bersama ATB 2 (POWB ATB 2) untuk memantau ketiga-tiga bot itu.
"Malaysia MCC seterusnya berhubung terus kepada POWB ATB 2 untuk memohon bantuan bot pemintas namun sebuah bot berjaya meloloskan diri apabila menyedari kehadiran Tim QRF (Pasukan Tindak Cepat)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Karim berkata hasil pemeriksaan juga mendapati barangan yang ditemukan daripada warga Filipina itu hanyalah barangan persendirian dan tiada penemuan barangan berbahaya.
"Kedua-dua bot itu bagaimanapun telah diusir keluar dari perairan Sabah. Susulan itu, Fast Interceptor Craft bersama Tim Pasukan Khas Laut di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah telah digerakkan ke perairan Pulau Pom Pom bagi mengesan sebuah bot yang berjaya meloloskan diri.
"Bot berkenaan berjaya meloloskan daripada pasukan keselamatan dan dijangkakan telah berpatah balik ke sempadan antarabangsa," katanya.
Menurutnya, operasi sedemikian akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengekang penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
![ATB 2 gagalkan cubaan seludup masuk 42 PATI di Semporna ATB 2 gagalkan cubaan seludup masuk 42 PATI di Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615024359_Semporna.jpg)
Operasi sedemikian akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan. - Foto fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk babi, ayam, ikan sejuk beku tanpa permit MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk babi, ayam, ikan sejuk beku tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739674930_MAQISSELUDUP.jpg)
MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk babi, ayam, ikan sejuk beku tanpa permit
Pemeriksaan mendapati hasilan produk babi, ayam dan ikan sejuk beku tersebut tiada permit, sijil kesihatan dan dokumen sah daripada MAQIS.
![PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738880366_TBPGA.jpg)
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
![Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738027403_radjanainggolan.jpg)
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
![Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737772254_NikRosAzhanNikAb.jpg)
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.
![PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735273164_pgarampasseludup.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
![Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000 Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701154059_RazarudinHusainIG.jpg)
Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.
![Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733535906_kelapa.jpg)
Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.
![MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732932815_tbMAQISKedahselud.jpg)
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
![KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731446173_AzmanIsmail.jpg)
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
![Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728810685_kgkelapapo.jpg)
Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran
Hasil pemeriksaan mendapati buah berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dipercayai untuk diseludup.