Asyik kena gangguan, mungkin Air Selangor perlu 'berubat'? - Netizen berang masalah air berulang

Astro Awani
Oktober 19, 2020 11:03 MYT
Tidak sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Kelang kembali mengeluh apabila sekali lagi dibebani gangguan bekalan air. -Gambar fail
GANGGUAN bekalan air di Selangor nampaknya semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Selesai satu, datang lagi satu... bagaikan tiada pengakhirannya.
Tidak sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh apabila sekali lagi pencemaran sungai berlaku. Dan natijahnya, tiada bekalan air buat lebih 1 juta akaun pengguna!
BACA: Lagi kes pencemaran Sungai Selangor, 1,292 kawasan alami gangguan bekalan air
Masalah itu membuatkan warganet berang dan keluarlah macam-macam ayat di media sosial, Twitter khususnya, yang dilihat agak 'nakal'.
Seperti ciapan daripada Najwa Mutalib (@najwamutalib): “Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..”

Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..

— Najwa Mutalib (@najwamutalib) October 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ternyata ciapan itu mencuit hati warganet selepas tulisan itu mendapat puluhan ribu tanda suka dan puluhan ribu juga ulang kicau.
Ciapan hampir sama juga dimuat naik Akmal Kamarul (@akmalkamarul98): “Air selangor tak nak cuba cari ustaz untuk rawat ke? Asyik kena gangguan je.”

Air selangor taknak cuba cari ustaz untuk rawat ke? Asyik kena gangguan je

— Akmal Kamarul (@akmalkamarul98) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, wartawan Astro AWANI, Fauzi Suhaimi yang pergi ke Sungai Gong di Rawang mendapati muncul bau kurang enak dipercayai bau minyak dari lokasi tersebut.

Kami terus ke lokasi bagi meninjau situasi terkini dan hasil pemerhatian mendapati kehadiran bau dipercayai minyak dari Sungai Gong, Rawang. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19 pic.twitter.com/VTrFi58Eyn

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya, Sungai Gong juga berhampiran dengan kawasan perindustrian seperti kilang, kedai dan sebagainya.

Berdasarkan tinjauan, Sungai Gong di sini berhampiran dengan kawasan perindustrian seperti kilang, kedai dan sebagainya. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19 pic.twitter.com/I865SCGDeF

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bahkan, katanya, hasil tinjauan turut mendapati saliran longkang yang menghubungkan kawasan perindustrian ke sungai juga aktif selain dikesan mempunyai warna kemerah-merahan.

Hasil tinjauan turut mendapati saliran longkang yang menghubungkan kawasan perindustrian ke sungai juga aktif selain dikesan mempunyai warna seakan-akan merah. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19 pic.twitter.com/vZWNxx0FHk

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pastinya, selagi gangguan bekalan air ini tidak selesai, netizen akan terus bercakap mengenainya kerana “mereka sudah terlalu penat”.

syabas oo syabas. takkan nak suruh 1 selangor duduk depan bangunan syabas pakai tuala sambil pegang baldi baru nak ambik tindakan

— Nurul Ain (@AinAmbia_) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dahlaa musim panas. lepastu PKPB, air pula takda, gila betul Selangor ni

— (@awinchihiro) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selangor negeri paling maju dalam Malaysia. Tapi dalam 1 tahun, 12 bulan ada masalah air.

— Fadhil (@FadQuadra) October 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#air #Air Selangor #masalah air #isu air #gangguan air #bekalan air #loji rawatan air #LRA #Sungai Selangor #Sungai Gong #Twitter #minyak #Astro Awani #media sosial
;