Asyik cakap pasal peralihan kuasa, nanti timbulkan ketidaktentuan - Tun Mahathir

Rahimah Abdullah
Ogos 8, 2019 11:02 MYT
Tun Dr Mahathir berkata, pendirian beliau tidak perlu diulangi kerana proses peralihan jawatan sebagai Perdana Menteri akan tetap berlaku.
Isu berkenaan peralihan kuasa tidak perlu diperkatakan secara terus-menerus, kerana dikhuatiri boleh menimbulkan ketidaktentuan dalam negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad .
Jelasnya, beliau tidak perlu mengulangi pendirian kerana proses peralihan jawatannya sebagai Perdana Menteri tetap akan berlaku.
"Jadi kalau kita terlangsung sangat cerita pasal pertukaran, ramai orang akan merasa ‘feelings of uncertainty’ (rasa ketidaktentuan). Kalau tukar, apa jadi?” katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Nikko Fukuoka pada Khamis.
Terbaharu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021.
Gesaan itu dilakukan apabila genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Pusat.
Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
#Anwar Ibrahim #Bersih #hotel #Islam #Mahathir Mohamad #NGO #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #PKR