Astro terima anugerah Majikan Paling Popular Pilihan Graduan Malaysia (Penyiaran/Media)

Astro Awani
November 8, 2018 22:46 MYT
Astro mengekalkan ranking dalam senarai 16 Teratas bagi jenama majikan pilihan graduan. - Astro AWANI
Astro Malaysia Holdings Bhd telah menerima anugerah Majikan Paling Popular Pilihan Graduan dalam sektor Penyiaran dan Media sempena Anugerah 100 Majikan Paling Popular Pilihan Graduan Malaysia 2018, pada Khamis malam.
Tahun ini, Astro mengekalkan ranking dalam senarai 16 Teratas bagi jenama majikan pilihan graduan.
Anugerah 100 Majikan Paling Popular Pilihan Graduan Malaysia mewakili penganugerahan pengambilan kerja terbesar bagi graduan di negara ini, sekali gus menetapkan penanda aras bagi kecemerlangan penjenamaan majikan di kampus.
Ranking 100 Majikan Paling Popular Pilihan Graduan Malaysia didapatkan berdasarkan undian daripada penuntut universiti di seluruh negara, seterusnya dihimpunkan menerusi Barometer Graduan Malaysia secara tahunan.
Ia merupakan kaji selidik paling besar dan paling lama berhubung trend pengambilan kerja di Malaysia.
#Astro #Astro Malaysia Holdings Bhd #graduan ma laysia #majikan pilihan #Media #pengambilan kerja #penyiaran
;