Astro sumbang 50,000 penutup mulut dan hidung kepada JPBNS

Astro Awani
April 23, 2020 15:43 MYT
Penyerahan itu disampaikan di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis. FOTO: Astro AWANI
Petugas barisan hadapan di Sarawak menerima 50,000 keping penutup hidung dan mulut sumbangan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).
Penyerahan itu disampaikan kepada Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Mohamad Morshidi Mustapha di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.
Morshidi yang juga Timbalan Pengarah Unit Keselamatan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) berkata, bantuan ini adalah bagi petugas barisan hadapan yang berkhidmat dan membantu mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.
Beliau yang mewakili JPBNS turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Astro atas sumbangan tersebut yang menjadi tanda sokongan dalam memerangi COVID-19 di Sarawak.
#Astro Malaysia Holdings Berhad #COVID-19 #Datuk Mohamad Morshidi Mustapha #JPBNS #Sarawak #UKPN
;