Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa

Faida Rahim
November 18, 2024 15:26 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan Astro Sound + Vision (AS+V), sebuah perkhidmatan pascaproduksi bertaraf dunia bertujuan meningkatkan kualiti kandungan audio-visual di Malaysia dan di peringkat global.
AMPANG: Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan Astro Sound + Vision (AS+V), sebuah perkhidmatan pascaproduksi bertaraf dunia bertujuan meningkatkan kualiti kandungan audio-visual di Malaysia dan peringkat global.

Ringkasan AI
  • Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan Astro SoundVision (ASV), perkhidmatan pascaproduksi bertaraf dunia dengan fasiliti Dolby Atmos bersepadu di Malaysia.
  • ASV menawarkan perkhidmatan lengkap seperti kejuruteraan audio, reka bentuk bunyi, pemeringkatan warna, output 4K/HDR, dan penghantaran visual diperakui Dolby Vision.
  • ASV telah beroperasi untuk beberapa produksi dari Hollywood dan UK, dan kini terlibat dalam projek filem yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith, Astro Sound + Vision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Astro Sound + Vision menawarkan rangkaian perkhidmatan lengkap, termasuk kejuruteraan audio, reka bentuk bunyi, pemeringkatan warna, penguasaan DCP, output 4K/HDR, dan penghantaran visual diperakui Dolby Vision yang memenuhi piawaian pascaproduksi antarabangsa.
"Apa yang kami lakukan hari ini adalah membina standard antarabangsa, jadi sekarang kita memiliki keupayaan teknologi Dolby Vision dan Dolby Atmos.
"Kami ingin memastikan kita terbuka untuk bisnes, bukan sahaja untuk menghasilkan tugasan pascaproduksi yang hebat untuk kandungan Astro di seluruh Malaysia, malah menyebarkannya ke seluruh dunia.
"Apa yang kita bina di sini, sebagai pencipta kandungan, inilah tempat di mana kita akan dikenali di serata dunia," kata Euan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Astro Sound + Vision dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Kamil Othman, wakil pembekal dan syarikat operator video penstriman, serta pemain industri perfileman dalam dan luar negara.
Astro S+V, bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Tambah Euan, Astro Sound + Vision telah beroperasi untuk beberapa produksi dari Hollywood dan United Kingdom (UK) yang dijalankan di Malaysia sebelum pelancarannya.
Kini, kepakaran Astro Sound + Vision telah mendapat tempat dalam pembikinan beberapa projek filem yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.
Sementara itu, Astro Sound + Vision menawarkan rangkaian perkhidmatan lengkap, termasuk kejuruteraan audio, reka bentuk bunyi, pemeringkatan warna, penguasaan DCP, output 4K/HDR, dan penghantaran visual diperakui Dolby Vision yang memenuhi piawaian pascaproduksi antarabangsa.
Pada September 2023, Astro, melalui anak syarikatnya Astro Productions Sdn Bhd (APSB), telah memeterai perjanjian pembelian aset untuk mengintegrasikan sumber Basecamp Films ke dalam APSB, sekali gus membentuk unit Astro Sound + Vision.
#Astro Sound Vision #Astro #Euan Daryl Smith #Dolby Atmos #Dolby Vision
;