Astro Radio tawar 10 saluran radio ketika menaiki Grab
Astro Awani
Mac 11, 2019 05:09 MYT
Mac 11, 2019 05:09 MYT
Astro Radio menawarkan penumpang Grab memilih saluran radio secara percuma ketika menaiki grab bermula 11 Mac 2019.
Kenderaan Astro Radio Grab hanya terdapat disekitar kawasan Lembah Klang dan menawarkan 10 jenis saluran radio menerusi aplikasi Grab.
Antara saluran radio yang ditawarkan oleh Astro Radio adalah seperti HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, ERA, SINAR, ZAYAN, dan RAAGA.
Aplikasi Grab akan memberikan notis pemberitahuan sekiranya menaiki Grab yang mempunyai Astro Radio dan penumpang perlu memilih saluran pilhan mereka.
Menerusi promosi car wraps dan in-car hanger, penumpang dapat mengenal pasti kenderaan yang menawarkan Astro Radio Grab.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Datuk Jake Abdullah, kolaborasi bersama Grab ini merupakan satu platform perhubungan dengan masyarakat untuk mereka merasi pengalaman peribadi ketika menaiki Grab.
“Kolaborasi ini adalah satu platform pendekatan dengan masyarakat untuk mereka melakar pengalaman peribadi ketika menaiki Grab dan memberikan peluang untuk memilih saluran hiburan yang mereka minat,” kata Jake.
Jake turut mengucapkan terima kasih kepada Grab kerana sanggup memberikan peluang untuk bekerjasama dengan Astro Radio.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Grab kerana sanggup bekerjasam dengan kami dan memberi peluang kepada masyarakat merasai pengalaman peribadi ketika menaiki Grab,” katanya lagi.
Kenyataan media Astro Radio
Malaysians, Grab, and random unfamiliar music choices. This common pain point amongst Grab passengers will be no more – for some, at least. Starting 11th March 2019, Grab passengers in the Klang Valley will have the opportunity to pick and choose their entertainment from a range of ten Astro Radio brands via the Grab app when they book a ride. The initiative aims to provide a new, enhanced user experience for passengers who hop on selected Grab cars.
Upon booking a Grab ride, passengers will be notified through an in-app message indicating they will be travelling in an Astro Radio vehicle and they can opt to listen to HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, ERA, SINAR, ZAYAN, or RAAGA in the vehicle for free. Passengers can identify the designated Astro Radio Grab cars by way of promotional car wraps and in-car hangers.
Datuk Jake Abdullah, CEO, Astro Radio, said, “This collaboration between Astro Radio and Grab provides a novel platform for us to engage with our audience and enhance their experience with radio as they commute. As we continue to evolve digitally, we also place importance on providing our audience with the ability to choose their preferred entertainment, for a more satisfactory experience. We would like to thank Grab for working with us in enriching the in-car experience for our audience by personalising their journey a little more.”
#Astro Radio
#Astro Radio Grab
#Datuk Jake Abdullah
#era
#GOXUAN
#grab
#HITZ
#Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio
#LITE
#MELODY
#MIX
#MY
#RAAGA
#Sinar
#Zayan