Astro Radio lancar slot khas mengenang MH370
Astro Awani
Mac 27, 2014 20:39 MYT
Mac 27, 2014 20:39 MYT
Lapan stesen radio di bawah naungan Astro Radio akan ke udara secara langsung dalam slot khas mengenang MH370, bermula pukul 3 pagi Jumaat sehingga 12 tengah malam Sabtu.
Kesemua stesen terbabit akan menukar nama rangkaian kepada MH370.FM sepanjang siaran 21 jam itu.
Siaran bersama itu diadakan bagi orang ramai berkongsi luahan, pandangan dan perasaan berkaitan dengan kehilangan pesawat berkenaan.