Astro lancar Max di Ultra dan Ulti Box, bawakan lebih piilihan hiburan premium untuk kediaman di Malaysia

Astro Awani
Mac 13, 2025 17:00 MYT
Semasa dilancarkan, kesemua pelanggan Pek Astro Movies, Pek Astro One Epic dan aplikasi Max kini boleh mendapat akses tambahan kepada kandungan yang luas melalui Astro Ultra dan Ulti Box mereka.
KUALA LUMPUR: Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi penstriman Max, servis platform penstriman oleh Warner Bros. Discovery.
Integrasi ini membawakan lebih hiburan premium kepada pelanggan Astro, meningkatkan lagi pengalaman tontonan mereka.
Semasa dilancarkan, kesemua pelanggan Pek Astro Movies, Pek Astro One Epic dan aplikasi Max kini boleh mendapat akses tambahan kepada kandungan yang luas melalui Astro Ultra dan Ulti Box mereka.
Max membawakan kesemua filem blokbuster, siri hebat, hit ikonik, kisah benar dan pilihan keluarga menerusi jenama ikonik seperti HBO, Harry Potter, the DC Universe, Discovery, AFN, Cartoon Network dan HGTV, semua dalam satu tempat.
Dengan aplikasi Max kini tersedia di Astro Ultra dan Ulti Box, para pelanggan boleh membuat carian dan strim rancangan dan juga filem kegemaran mereka tanpa perlu menukar peranti, menjadikan ia lebih mudah dan menghiburkan untuk semua pelanggan Astro.
Pelanggan Pek Astro Movies, Pek Astro One Epic dan aplikasi Max mempunyai pilihan untuk menaik taraf ke Max Ultimate dengan tambahan bayaran sebanyak RM18/sebulan* untuk menaik taraf pengalaman penstriman.
Kesemua pelanggan Astro yang lain pula berpeluang untuk menambah saluran HBO dan Max Standard atau Max Ultimate dengan harga RM33.90/ sebulan* atau RM51.90/sebulan* dan mula strim kandungan HBO Originals Dune: Prophecy dan The Penguin, rancangan kegemaran ramai termasuk The Big Bang Theory dan Friends, serta koleksi lengkap filem Harry Potter, Deadliest Catch, Adventure Time dan banyak lagi.
Pelanggan juga boleh nikmati tayangan perdana di Max seperti musim 3 The White Lotus, Suits LA dan The Lord Of The Rings: The War of the Rohirrim serta nantikan musim terbaru The Righteous Gemstones dan The Last of Us.
Untuk mengakses aplikasi Max di Ultra/Ulti Box, pelanggan boleh tekan “Home” di alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi bahagian rel “Apps”. Ikuti langkah di skrin untuk sambungkan akaun Max mereka ke Astro Box dengan mengimbas kod QR dan daftar masuk ke akaun Max mereka.
Setelah selesai, pelanggan akan mendapat akses untuk pelbagai kandungan semunya di hujung jari anda!
Pek Astro One boleh ditambah dengan mudah, termasuk dengan 12 aplikasi penstriman popular, seperti Max, Netflix, Disney+Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South, dan banyak lagi.
Pelanggan boleh mengubah langganan mereka dengan menggunakan My Astro app, termasuk kemas-kini pek mereka, menukar antara menambah dan servis pentriman atau memilih yang baru – bila-bila masa mengikut keselesaan.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan**. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan**.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
*Harga yang dipaparkan adalah termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.
#Disney #kod QR #WhatsApp #Netflix
;