Astro bakal siar filem berciri Malaysia sempena 'Negaraku 2015'

Melissa Ong
Ogos 13, 2015 14:18 MYT
HENRY: Beberapa seleksi filem juga boleh ditonton di platform 'astro on the go' untuk kemudahan orang ramai.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos, Astro menerusi kempen "Negaraku 2015" bakal menyiarkan filem-filem tempatan yang memaparkan landskap Malaysia yang harmoni.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, pelanggan Astro boleh menonton filem keluaran tempatan dan antarabangsa yang melibatkan pengarah atau pelakon tempatan sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Ia juga bertujuan untuk meraikan pelakon dan pengarah yang menerapkan nilai kebudayaan negara dalam filem mereka.
Ujar Henry lagi, beberapa seleksi filem juga boleh ditonton di platform 'astro on the go' untuk kemudahan orang ramai.
Serentak dengan itu, Astro turut melancarkan 'Kempen Derma Darah Kitasama' yang akan berlangsung ditujuh lokasi terpilih di seluruh negara.
Inisiatif bersama pusat darah negara ini bakal memanfaatkan hampir seribu orang yang memerlukan pemindahan darah setiap hari.
Menurut Pengarah Pakar Perunding Kanan Patologi, Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin, pada tahun 2014, pusat darah di seluruh negara telah mengutip sebanyak 675 ribu beg darah .
"Daripada jumlah itu, ia digunakan untuk 337 ribu pesakit di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun lepas dan kita jangkakan setiap tahun ada peningkatan 3 hingga 5 darah yang dikutip." kata Dr Noryati.
Orang ramai boleh menggunakan platform media sosial dengan #ScarednotScared untuk menggalakan rakan mereka turut serta dalam usaha murni ini.
Kempen derma darah anjuran Astro akan bermula 14 Ogos dengan Johor Bahru menjadi lokasi pertama.
Layari laman web www.astro.com.my/Negaraku untuk jadual program Negarku dan destinasi 'Kempen Derma Darah KitaSama.'
#Astro #Hari Kebangsaan #henry tan #Negaraku 2015