Astro AWANI terus unggul sebagai jenama berita paling dipercayai - Reuters Institute

Firdaus Azil
Jun 15, 2022 09:10 MYT
Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini.
KUALA LUMPUR: Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini.
Berdasarkan Laporan Berita Digital Institut Reuters 2022 dan University Oxford, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan 64 peratus, diikuti The Star, Malaysiakini, Sinar Harian, dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bagi capaian luar talian dan dalam talian secara mingguan, Astro AWANI turut unggul di tangga kedua, masing-masing kategori TV, radio, dan media cetak; dan juga dalam talian (online).

Astro AWANI kekal di kedudukan teratas sebagai jenama paling dipercayai kerana sebahagian besar laporan berita menggunakan pendekatan yang seimbang serta kritikal. Terima kasih rakyat Malaysia, terima kasih semua #AWANInews #MalaysiaBangkit pic.twitter.com/RKqxjsUxdz

— Astro AWANI (@501Awani) June 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Suratkhabar nasional dan vernakular sering kali dikaitkan dengan parti politik daripada segi pemilikan dan tahap kecenderungan editorial.
"Bagaimanapun digitalisasi telah mengakibatkan perubahan ketara terhadap medium tersebut.
“Suratkhabar yang dahulu gah sebagai sumber berita utama rakyat kini menduduki tangga terbawah di kalangan jenama berita yang dipercayai.
"Astro AWANI dan Malaysiakini kekal pada dua tangga teratas kerana mereka neutral, tetapi masih mengekalkan pemberitaan kritikal terhadap pentadbiran dahulu dan kini,” menurut laporan itu lagi.
[TERKINI] Astro AWANI terus unggul sebagai jenama berita paling dipercayai - Reuters Institute
Dalam pada itu, Reuters Institute berkata, portal berita dalam talian dan media sosial terus menjadi sumber berita utama di negara ini.
Media cetak terus mencatatkan trend penurunan, daripada 45 peratus pada tahun 2017 kepada 17 peratus untuk tahun 2022.
Trend akses berita menggunakan telefon pintar juga agak mengejutkan kerana ia turut menunjukkan penurunan sebanyak tujuh mata peratusan, iaitu kepada 78 peratus tahun ini.
Sementara itu, Reuters Institute berkata, Facebook dan Whatsapp terus menjadi medium utama penyebaran berita dalam kategori sosial, mesej dan e-mel, diikuti Youtube, Instagram, Twitter, dan Telegram.
#Astro Awani #Reuters Institute #jenama berita paling dipercayai #University Oxford
;