Astro AWANI rangkul anugerah Berita Video Terbaik MPI-Petronas 2016

Astro Awani
April 21, 2017 23:51 MYT
Wartawan penyiaran, Asyraf Hasnan (kanan) dan jurukamera, Mohd Fitri merangkul Anugerah Berita Video Terbaik, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2016. - Foto Astro AWANI
Astro AWANI merangkul Anugerah Kategori Berita Video Terbaik, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2016 pada Jumaat malam, menerusi laporan wartawan penyiaran, Muhammad Harits Asyraf Hasnan dan jurukamera, Mohammad Noor Fitri Mohamed Zainuri.
Laporan berita bertajuk 'Kemelut 20 Tahun Musnah Ekologi Sungai Kilim' itu memenangi kategori berkenaan yang turut dicabar dua lagi pencalonan - satu daripada laporan terbitan Astro AWANI dan satu lagi daripada Media Prima Berhad.
Asyraf berkata, selain kekuatan pada persembahan visual serta grafik, laporan itu memberi impak besar kepada masyarakat tempatan hingga ke peringkat global.
"Sungai Kilim adalah pusat pelancongan bertaraf dunia apabila diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Jadi, isu tersebut pastinya dekat dengan rakyat terutama mereka yang mencari rezeki sebagai pemandu pelancong, pemandu bot pelancong serta banyak lagi pekerjaan yang menjadikan Sungai Kilim itu sebagai sumber pendapatan," katanya kepada Astro AWANI.
Justeru, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laporan khas tersebut termasuk seluruh kru Astro AWANI.
Asyraf dan Fitri membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi serta sijil penghargaan daripada pihak penganjur.
Wartawan penyiaran, Tan Su Lin serta jurukamera, Ab Uzza Ab Latiff turut menerima hadiah saguhati wang tunai RM1,000 apabila tersenarai sebagai calon dalam kategori sama menerusi laporan berita, 'Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling'.
Berikut adalah laporan eksklusif yang melayakkan Astro AWANI meraih anugerah berkenaan:
Ikuti juga laporan susulan berikut:
VIDEO: Air busuk musnah ekologi Sungai Kilim
VIDEO: Tahap bakteria Sungai Kilim dipersoal
VIDEO: Kemelut 20 tahun Kilim masih belum selesai
VIDEO: Sungai Kilim kian kelam
VIDEO: Kebocoran berlaku di tapak pembuangan sampah
VIDEO: Pencemaran Sungai Kilim: Wakil rakyat Langkawi enggan ulas
VIDEO: Pencemaran kronik Sungai Kilim
VIDEO: Pencemaran Sungai Kilim berjaya diatasi - MP Langkawi
#Anugerah Kategori Berita Video Terbaik #Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas #Langkawi #Sungai Kilim #Unesco
;