Astro AWANI raih Anugerah Media Terengganu 2022

Nur Fazlizai Ali
November 27, 2022 22:00 MYT
Yusof Mohd Ali memegang replika cek yang dimenangi Astro AWANI dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu 2022 anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI). - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Astro AWANI meraih tempat pertama hingga ke empat bagi kategori video terbaik media perdana pada Majlis Apresiasi Media Terengganu 2022 anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Laporan mengenai Kaedah e-fence: Alternatif atasi masalah hakisan, mendapan, Keindahan Laut: Penyelam skuba kutip sampah dasar laut dan Pelancongan: Tukun kapal terbang pertama cipta rekod MBOR membolot tempat pertama hingga ketiga.
Manakala laporan berita Persiapan penduduk hadapi banjir, mendapat tempat keempat.
Astro AWANI turut memenangi kategori berita terbaik media digital dengan laporan Kolam Air Panas La tarikan pelancongan Terengganu.
Bagi tempat pertama, pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000, tempat kedua, RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000.
Antara kategori yang dipertandingkan termasuk anugerah media cetak berita dan foto terbaik, anugerah media digital berita, foto serta video terbaik.
#Astro Awani #Majlis Apresiasi Media Terengganu #UPD #video terbaik media perdana