Astro AWANI nafi siar berita 'Gelaran Datuk Seri MB Terengganu ditarik balik'
Nur Fazlizai Ali
Januari 20, 2022 11:22 MYT
Januari 20, 2022 11:22 MYT
KUALA TERENGGANU: Astro AWANI menafikan mengeluarkan berita 'Gelaran Datuk Seri Menteri Besar Terengganu ditarik balik'.
Astro AWANI tidak pernah menerbitkan atau mengeluarkan berita mahupun tajuk berita berkenaan di platform digital astroawani.com pada 19 Januari.
Pihak Astro AWANI kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama AWANI untuk menyebarkan artikel tersebut.
Astro AWANI akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan nama baik Astro AWANI terus disalahgunakan, dan pada masa sama menggalakkan pembaca supaya menyemak laman web rasmi Astro AWANI di www.astroawani.com.