Astro AWANI nafi hantar notifikasi SMS pelantikan Pengerusi Felcra
Astro Awani
Ogos 24, 2017 19:04 MYT
Ogos 24, 2017 19:04 MYT
Notifikasi SMS yang tersebar tiada kaitan dengan Astro AWANI, dan Datuk Seri Ismail Sabri juga tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. - Astro AWANI
Astro AWANI menafikan mengeluarkan berita mengenai pelantikan Ketua UMNO Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yassin sebagai Pengerusi Felcra menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin, sepertimana yang tersebar luas melalui notifikasi sistem pesanan ringkas (SMS).
Untuk makluman, Astro AWANI tiada notifikasi sistem pesanan ringkas seperti yang ditunjukkan.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menjelaskan bahawa berita itu tidak benar sama sekali dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara berkenaan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengingatkan orang ramai agar tidak terkeliru dengan maklumat tidak sahih tersebut.