Astro AWANI mula bersiaran dengan khidmat jurubahasa isyarat

Nickyson Nyambar
April 1, 2022 14:01 MYT
Hari ini, khidmat itu dimulakan dengan menggunakan kepakaran jurubahasa Muhammad Hakim Azhari dan akan diteruskan oleh Mohamad Zaid Samat secara bergilir-gilir. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Stesen penyiaran berita 24 jam, Astro AWANI mula menggunakan khidmat jurubahasa isyarat hari ini.
Khidmat jurubahasa ini akan digunakan dalam segmen utama berita, AWANI:745 dan Sinar AWANI bagi memberi penekanan kepada penyampaian maklumat yang lebih meluas dan telus.
Hari ini, khidmat itu dimulakan dengan menggunakan kepakaran jurubahasa Muhammad Hakim Azhari dan akan diteruskan oleh Mohamad Zaid Samat secara bergilir-gilir.
Jurujurubahasa ini akan bersiaran bersama Astro AWANI setiap hari.
Buka Sempadan | Khairy tinjau proses di KLIA2
BACA: Semua stesen TV disaran guna khidmat jurubahasa isyarat - Annuar
Selain daripada mempertingkatkan kadar kualiti penyampaian maklumat dan informasi semasa dalam dan luar negara, langkah ini juga diambil dalam usaha menyahut seruan kerajaan.
Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan supaya semua stesen televisyen yang ada dalam negara menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, orang kelainan upaya (OKU) juga berhak untuk menonton pelbagai saluran lain dan bukan hanya satu saluran tertentu sahaja.
#Astro Awani #jurubahasa isyarat #OKU #Berita AWANI