Astro AWANI menang tiga anugerah di Anugerah Media DBP 2014
Astro Awani
Disember 13, 2014 09:24 MYT
Disember 13, 2014 09:24 MYT
Saluran berita Astro AWANI membawa pulang tiga anugerah di Anugerah Media DPB 2014 yang berlangsung malam tadi.
Wartawan Astro AWANI, Mohd Dzulfitri Yusof memenangi Anugerah Kewartawanan DBP 2014 bagi kategori media elektronik dan Astro AWANI memenangi anugerah utama iaitu Anugerah Media DBP 2014.
Laman web Astro AWANI www.astroawani.com pula memenangi kategori media sosial.
Selain itu, akhbar BH membawa pulang Anugerah Media DBP untuk kategori media cetak dan wartawan akhbar itu, Siti Haliza Yusof menerima Anugerah Kewartawanan DBP bagi kategori media cetak.
Di majlis tersebut, Ketua Pengarah BDP, Datuk Dr Awang Sariyan mengalu-alukan wartawan yang berminat untuk menjadi penulis buku menyertai Projek Penerbitan Buku Berpakej kelolaan agensi itu.
"Selain itu, DBP juga mengalu-alukan wartawan untuk menyumbangkan kepakaran dalam bidang penulisan dengan berkarya dalam majalah terbitan kami, seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Majalah Tamadun Islam," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Malam DBP Bersama Wartawan 2014 di Menara DBP di sini, malam tadi.