Astro AWANI Jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia

Astro Awani
Jun 16, 2020 17:06 MYT
Astro AWANI menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020.
Saluran televisyen berita 24 jam, Astro AWANI menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020.
Ia diikuti Radio Televisyen Malaysia (RTM) di tempat kedua dan The Star di tempat ketiga.
"Astro AWANI menduduki tempat teratas bagi jenama berita yang paling dipercayai, yang turut mengetengahkan pendekatan kritikal dalam perbincangan mengenai berita dan hal ehwal semasa," kata laporan itu lagi.
Namun, laporan itu turut menyatakan kepercayaan keseluruhan terhadap dunia media adalah yang terendah dalam kaji selidiknya, dengan 25 peratus daripada responden percaya pada berita yang dipaparkan pada kebanyakan masa.
Manakala, bagi capaian offline dan online mingguan, Astro AWANI berada di tempat kedua, selepas TV3 untuk kategori televisyen, radio dan media cetak.
Harian Metro dan Berita Harian masing-masing di tempat ketiga serta keempat.
Bagi kategori Jenama Online, Astro AWANI Online menduduki tangga kedua selepas Malaysiakini. Tangga ketiga adalah The Star Online, dan keempat Berita Harian Online.
Pada tahun 2019, Astro AWANI berada di tempat kedua bagi Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia, manakala bagi tahun 2018, Astro AWANI berada di kedudukan teratas menurut Laporan Berita Digital Reuters.
#Astro #Astro Awani #Malaysia #Malaysiakini #Media #online
;