Astro AWANI dinobatkan Rakan Media Majlis Profesor Negara

Astro Awani
November 11, 2013 11:33 MYT
Astro AWANI dianugerahkan sebagai Rakan Khas Media Majlis Profesor Negara di majlis penutup Kongres Profesor Negara Kedua.
Penghargaan khas itu diberikan kepada Astro AWANI atas sumbangan dalam menyampaikan perbincangan berbentuk ilmiah dan intelektual untuk khayalak umum.
Anugerah khas media itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Ketua Pengarang Astro Awani, Suhaimi Sulaiman.
Astro Awani akan terus bekerjasama dengan Majlis Profesor Negara pada masa hadapan untuk membawakan program bual bicara mahupun program supaya mendapat ilmu dapat disampaikan kepada masyarakat.
#Majlis Profesor Negara #Rakan Khas Media #Suhaimi Sulaiman
;