Astro Awani bergelap menyokong Earth Hour

Astro Awani
Mac 23, 2013 00:42 MYT
Sempena sambutan “Earth Hour” yang bermula pada jam 8 hingga 9 malam Sabtu, ia mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penduduk Malaysia termasuk di ruangan pejabat Astro Awani.
Rata-rata kebanyakan lampu di dalam bangunan dan pejabat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur ditutupkan bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen tersebut.
Di sebalik semangat menutup lampu dalam menjayakan kempen Earth Hour, mungkin ramai yang tidak tahu sepenuhnya kesan besar kempen itu.
Bermula pada tahun 2007 di bandar Sydney, Australia, Earth Hour yang dianjurkan “World Wide Fund For Nature” (WWF) adalah bagi menarik perhatian dunia akan kepentingan alam sekitar.
Oleh yang demikian, simbolik memadam lampu dianggap kaedah paling berkesan dan mudah untuk dibuat bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kepentingan kempen tersebut.
Antara kejayaan terbesar hasil kempen Earth Hour ini ialah semakin ramai yang mula sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar hasil daripada aktiviti memadam lampu selama sejam ini.
Selepas 6 tahun usaha murni ini dijalankan, pelbagai gerakan positif berjaya diwujudkan bagi menjaga alam sekitar seperti menghadkan penggunaan beg plastik untuk kegunaan seharian.
Di samping itu, terdapat juga badan pertubuhan bukan kerajaan yang melaksanakan misi menanam 500,000 pokok berjaya dilaksanakan hasil kesedaran terhadap menjaga alam sekitar.
Ia bukan sekadar menghalang pembalakan hutan tetapi dalam menjalani kehidupan yang bersih serta mengurangkan bahan buangan.
#Astro Awani #Earth Hour #kempen tutup lampu #WWF
;