Astro AWANI: Aplikasi berita No. 1!

Astro Awani
Mei 9, 2013 19:45 MYT
Sembilan hari selepas ia dilancarkan, aplikasi Astro AWANI kini mengungguli carta muat turun App Store bagi aplikasi berita di kalangan pengguna iPad dan iPhone.
Aplikasi Astro AWANI juga berada di kedudukan pertama di iTunes:
Untuk android pula, aplikasi Astro AWANI berada di kedudukan ke-2.
Aplikasi ini dilancarkan pada 1hb Mei dan pengguna boleh melayari berita utama terkini yang dipaparkan di laman sesawang rasmi di www.astroawani.com dan maklumat disediakan di dalam dwibahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Pada pilihan Raya ke-13 yang berlangsung pada 5hb Mei lepas, aplikasi ini menyediakan paparan berita dan maklumat terkini PRU13.
Selain berita nasional, berita hiburan, bisnes, sukan dan dunia turut dipaparkan.
Pengguna juga boleh menonton saluran Astro AWANI secara langsung menerusi penstriman video. Turut ditawarkan adalah galeri foto yang dirakamkan dari seluruh dunia dan galeri video yang memaparkan sedutan-sedutan berita dan program majalah yang telah disiarkan.
Pengguna juga boleh berkongsi berita, gambar dan video menerusi U-Wartawan, usaha Astro AWANI untuk menggalakkan pengguna menjadi wartawan juga.
Muat turun aplikasi Astro AWANI di App Store atau muat turun aplikasi Astro AWANI di Google Play.
#Aplikasi Astro AWANI #App Store
;