Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
Astro Awani
Mac 6, 2025 10:15 MYT
Mac 6, 2025 10:15 MYT
Astro Audio dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan, ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC.
KUALA LUMPUR: Astro Audio mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kandungan yang dimuat naik di akaun media sosial ERA.
Astro Audio dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan, ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.
"Kami juga mengambil maklum Notis Niat Penggantungan Lesen dan akan mengemukakan maklum balas rasmi mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
"Kami memandang serius perkara ini dan sentiasa komited untuk mematuhi standard peraturan serta garis panduan komuniti di semua platform kami.
"Kami amat kesal dengan insiden ini dan kesulitan yang dialami," tegasnya.