Asrama pelajar terbakar di Moscow, tujuh pelajar Malaysia cedera

Astro Awani
April 23, 2015 11:40 MYT
Satu kebakaran berlaku di asrama pelajar yang didiami penuntut Malaysia di Russian National Research Medical Universiti di Moscow.
Seramai 21 pelajar terbabit dalam satu kebakatan yang berlaku di Russian National Research Medical Universiti di Moscow pada pukul 11.30 malam Rabu.
Daripada 21 pelajar, tujuh daripadanya kritikal, menurut laporan AFP. Mereka menerima rawatan akibat keracunan karbon dioksida dan melecur.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Moscow, tujuh pelajar terbabit ialah Mohannan Pattu, Pavin Raaj Selva Kumar, Praveena Sunthar Raj, Chen Wei Jun, Naveen Anbalakan, Zainal Nastaiin dan Sharath Raj.
Mangsa yang lain menerima rawatan pesakit luar. Tiada kematian dilaporkan.
Duta Besar serta pegawai kedutaan turut melawat pelajar terbabit bagi mengikuti perkembangan terkini mereka.
Pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan pihak universiti bagi menyedia penempatan sementara untuk pelajar yang terlibat.
Sementara itu, menurut laporan AFP bangunan asrama setinggi 16 tingkat itu dimiliki oleh RNRMU, salah sebuah universiti perubatan tertua dan terkenal di Rusia.
#Chen Wei Jun #Mohannan Pattu #Moscow #Naveen Anbalakan #Pavin Raaj Selva Kumar #Praveena Sunthar Raj #Sharath Raj #universiti #Zainal Nastaiin