Aset TH kurang berdaya saing diserah kepada SPV

Fareez Azman
Disember 11, 2018 16:23 MYT
Kesemua aset itu jelasnya akan dinilai menerusi dua kriteria iaitu hasil kurang dua peratus serta nilai terkesan melebihi 20 peratus.
Sebanyak RM19.9 bilion aset, hartanah dan equiti Tabung Haji (TH) kurang berdaya saing akan diserah kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) berkuatkuasa 31 Disember depan.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Zukri Samat ia sebagai Pelan Pemulihan Kewangan agensi itu dalam tempoh tujuh tahun.
Kesemua aset itu jelasnya akan dinilai menerusi dua kriteria iaitu hasil kurang dua peratus serta nilai terkesan melebihi 20 peratus.
Tambahnya sebagai penukaran, SPV di bawah Kementerian Kewangan akan mengeluarkan RM10 bilion sukuk dalam tempoh tujuh tahun dan RM9.9 bilion Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam atau Islamic Redeemable Convertable Preference Shares (RCPS-i).
Mengulas mengenai hibah bagi tahun 2018, jelasnya beliau yakin TH boleh menjelaskan pembayaran kepada pendeposit.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Menara Tabung Haji pada Selasa.
#hibah #Islam #Kementerian Kewangan #Pelan Pemulihan Kewangan TH #SPV #Tabung Haji
;