ASEAN perlu bantu rakyat Rohingya - Naib Ketua Pemuda UMNO

Astro Awani
Mei 15, 2015 21:43 MYT
AZWAN BRO: #RohingyaAid: ASEAN perlu bantu rakyat Rohingya - Gambar fail
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Haron dalam satu kenyataan hari ini bimbang terhadap keadaan yang dihadapi oleh 8,000 rakyat Rohingya dan pelarian Bangladesh yang masih terkandas di laut tanpa makanan dan air.
Khairul Azwan berkata, tindakan kerajaan Myanmar terhadap rakyat Rohingya tidak lagi menjadi perkara domestik tetapi diletakkan sebagai krisis kemanusiaan serantau yang perlukan tindakan segera oleh komuniti ASEAN.
Berikut adalah kenyataan penuh Khairul Azwan
1.Saya melihat dengan penuh kebimbangan terhadap keadaan yang dihadapi oleh 8,000 rakyat Rohingya dan pelarian Bangladesh yang masih terkandas di laut tanpa makanan dan air.
2.Tindakan dan penganiayaan kerajaan Myanmar terhadap rakyat Rohingya tidak lagi menjadi perkara domestik tetapi ianya diletakkan sebagai krisis kemanusiaan serantau yang perlukan tindakan segera oleh komuniti ASEAN.
3.Saya menggesa kerajaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat tuntutan bahawa kerajaan Myanmar menghentikan diskriminasi terhadap rakyat Rohingya dimana hampir 1 juta Rohingya telah dinafikan kewarganegaraan, kebebasan untuk bersuara, akses kepada pendidikan dan faedah lain di Myanmar lantas membawa kepada penghijrahan tersebut.
4.Pemimpin ASEAN juga perlu memainkan peranan yang aktif untuk menyediakan bantuan kemanusian sementara menunggu penyelesaian jangka masa panjang.
5.Pemuda UMNO akan menyertai beberapa organisasi dan individu untuk menghantar apa sahaja bantuan yang perlu bagi pelarian terkandas, termasuk air minuman yang bersih dan makanan dalam tin bagi membantu mereka yang sedang di dalam keadaan terdesak.
6.Memandangkan ini adalah isu serantau, Pemuda UMNO juga akan menulis kepada semua pemimpin muda seluruh negara dibawah naungan ASEAN bagi mengambil pendirian yang lebih proaktif dalam membantu nasib pelarian Rohingya.
7.Ini adalah masa untuk bertindak, bukan hanya untuk untuk berbincang, dan hanya tindakan serantau dapat menangani krisis serantau ini. Krisis pelarian ini menonjolkan kesepakatan kita dalam menangani perbalahan, sama ada baik mahupun buruk.
8.Jika tidak dibendung, ianya akan terus mendorong kepada sikap kebencian dan sifat tidak berperikemanusiaan terhadap golongan yang tidak berdosa, perbezaan darjat dan membawa kepada kepada pembunuhan yang berleluasa.
9.Tetapi ada juga diantara mereka yang memilih untuk membantu dan melindungi pelarian, sekaligus menunjukkan potensi kita untuk memberi bantuan yang secukupnya dan memastikan golongan Rohingya ini terbela dan dapat menjalani kehidupan yang baik.
10. Kami yakin bahawa pihak tertinggi ASEAN akan berpegang teguh pada usaha penyelesaian krisis ini, dan kita perlu membuktikan bahawa kita mampu mencari jalan yang terbaik bagi menghalang isu ini dari menjadi lebih melarat.

Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia @azwanbro berkaitan isu kemanusiaan Rohingya. @Khairykj @NajibRazak https://t.co/mKZRAwiZKz

— PPUM Online (@PPUMOnline) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Khairul Azwan Haron adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
#ASEAN #Bangladesh #Khairul Azwan #Pemuda UMNO #Rohingya
;