ASEAN lihat Korea Selatan sebagai contoh model yang baik
Rahimah Abdullah
November 25, 2019 15:58 MYT
November 25, 2019 15:58 MYT
Negara-Negara ASEAN melihat Korea Selatan sebagai contoh model yang baik selepas bangkit dan membangun dengan pantas.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Dasar Selatan Baharu yang dilaksanakan negara itu sejak 2017 juga selari dengan polisi ASEAN.
“Jadi kita lihat polisi ASEAN sangat selari iaitu bagaimana mereka mampu duduk bersama dengan baik. Ini adalah sebab kenapa mereka boleh berfungsi sebagai sebuah kumpulan ASEAN serta mengadakan dialog di seluruh dunia,” katanya menyampaikan dialog bertajuk “Makna Sebuah Kerjasama Ekonomi Baharu kepada Pembangunan Inovatif” semasa Sidang Kemuncak CEO ASEAN-ROK 2019 di BEXCO di sini pada Isnin.
Katanya, Korea Selatan banyak memberi kebaikan kepada negara ASEAN, dan begitu juga negara ASEAN.
“Kami tahu bahawa bercakap dengan Korea dan mempunyai kebaikan dengan Korea akan memberi manfaat kepada kami dan mungkin juga memberi manfaat kepada Korea,” ujarnya lagi.
Malah katanya, ketika ini tidak banyak organisasi serantau bertahan dan cabaran seumpama itu dihadapi ketika ini sedang dihadapu Kesatuan Eropah (EU).
“EU kini berjuang untuk duduk bersama. Tetapi ada beberapa negara yang masih bertahan. Kami tinggal sebagai kumpulan ASEAN dan kami menyedari bahawa ada sesuatu yang dikehendaki oleh orang lain dari ASEAN,” ujar beliau.
Malah, dengan populasi 650 juta penduduk dan infrastruktur di negara-negara ASEAN yang lebih baik, ia mampu memberikan manfaat bersama.
“Dasar ASEAN adalah sama. Kami mahu menjadi rakan dengan negara lain, kami mahu pelaburan, kami tidak percaya terhadap keganasan dan perang, kami mahu keamanan dan kami percaya bahawa negara-negara terlibat perlu dibenarkan untuk membangun dan mengejar negara yang sedang berkembang di dunia,” ujarnya.
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 berlangsung selama dua hari dan melibatkan semua pemimpin dari 10 negara ASEAN serta Korea Selatan.
#ASEAN
#ASEAN-ROK 2019
#Busan
#CEO
#ekonomi
#Kesatuan Eropah
#Korea Selatan
#Mahathir Mohamad
#pelaburan
#Perdana Menteri