ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Harits Asyraf Hasnan
Januari 22, 2021 18:13 MYT
Januari 22, 2021 18:13 MYT
KUALA LUMPUR: Kesemua 10 negara anggota ASEAN menyatakan kesediaan mereka dalam merealisasikan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.
Jelasnya, ASEAN akan bergerak secara blok dalam meneraju ekonomi digital yang dipacu khidmat digital, teknologi selain ekosistem yang selamat dan transformatif.
"Meningkatkan kualti dan liputan infrastruktur jalur lebar tetap dan mudah alih, yang merupakan komponen pertama saya sebutkan tadi, dilihat sebagai keutamaan utama pada ketika ini.
"Kedua adalah keselamatan siber di mana hampir semua yang menyertai mesyuarat serta rakan dialog termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas berkenaan perkara tersebut," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Sidang media seiring Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN (ADGMIN1) itu dilakukan selepas ADM 2025 dilancarkan hari ini.
ADM 2025 dibangunkan dengan wawasan ASEAN sebagai blok peneraju komuniti dan ekonomi digital yang dipacu oleh perkhidmatan digital, teknologi dan ekosistem yang selamat dan transformatif.
Bagi mencapai Wawasan ini, ADM 2025 telah mengenal pasti lapan Matlamat Keberhasilan iaitu:
- Tindakan ADM 2025 yang mengutamakan pemulihan ASEAN daripada pandemik COVID-19;
#Muhyiddin Yassin
#Saifuddin Abdullah
#COVID-19
#ASEAN
#Pelan Induk Digital ASEAN 2025
#ADM 2025
#ADGMIN1
#ekonomi
#ekonomi digital