'Asal murah, kecil tetapi banyakkan rumah mampu milik' - netizen

Syafique Shuib
Ogos 25, 2015 22:59 MYT
Pembaca AstroAwani.com rata-rata berpendapat harga rumah mampu milik seharusnya lebih rendah daripada harga yang sedia ada. - Gambar Astro AWANI
Harga rumah mampu milik seharusnya lebih rendah daripada harga yang sedia ada. Ini pendapat pembaca AstroAwani.com tentang kos rumah di Malaysia pada masa ini.
Seorang pengguna media sosial, Nabilah Juhari berpendapat harga rumah kos rendah sepatutnya bermula dengan harga RM50,000.
“Buat kecil-kecil tetapi banyak. Semua orang boleh beli. Rumah ini asas. Hakikatnya banyak pemaju yang kejar untung sahaja,” katanya.
Menurut Pit Ghodan harga rumah mampu milik sepatutnya terletak di median harga antara RM100,000 dan RM150,000.
“Jika seorang pekerja kerajaan kelulusan ijazah, itu sahaja rumah mampu milik. Sekarang projek perumahan semua bermula dari RM250,000 ke atas.
"Cuba tengok rumah di kawasan Kajang dan Bangi. Rumah teres berharga RM300,000 hingga RM500,000. Kalau di tengah bandaraya, tidak perlu tanya, ia berharga jutaan ringgit,” katanya.
Mohd Razali Hamzah turut bersetuju bahawa rumah berharga bawah dari RM100,000 tidak banyak.
“Mana mampu beli rumah kalau sudah sampai RM100,00 ke atas. Itu rumah paling murah dalam Malaysia. Kalau rumah bawah RM100,000 ada tetapi tidak banyak rakyat Malaysia mampu milik rumah,” kata Mohd Razali dalam satu catatan Facebook.
Seorang pembaca membuat perbandingan tentang harga rumah dalam tempoh 10 tahun, dimana beliau menyifatkat masih tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah walaupun gaji dua kali berlipat ganda.
“Sepuluh tahun dulu masa gaji RM3,000 – RM5,000 tidak mampu hendak beli rumah berharga RM150,000 – RM200,000 sekarang harga rumah RM600,000 lebih (dan lebih kecil) dan kalau gaji dua kali ganda, masih tidak mampu untuk milik,” kata Jauharatud Dinie AR.
Selain harga rumah yang tinggi di tengah-tengah bandar, Wawa Shauqi turut meluahkan kerisauan kerana ia banyak dimiliki oleh warga asing.
“Adakah adil melihat warga asing hidup mewah di tengah-tengah bandar (milik kita) sedangkan kita menjadi golongan yang membina kehidupan mewah untuk mereka?
“Generasi baru seperti saya hanya mampu beli rumah di kawasan-kawasan pendalaman jauh dari bandar. Akibatnya kos untuk ke tempat kerja jadi lebih mahal,” kata Wawa Shauqi.
Sementara itu, sentimen yang sama turut dikongsi di Twitter menerusi hashtag #TakMampu.

@501Awani Bina rumah mahal yg beli orang luar untuk apa sedangkan rakyat sendiri tidak miliki rumah sendiri #TakMampu

— Prince Vegeta (@Aventadorlan) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Biar rumah x bsr mne,tp hrga bwh 60k..Itu bru mmpu mlik.Yg pting ade tmpt prlindungn utk fmly.Kasihan la org yg gji bwh 2k ni...

— Tiramisu_987 (@butterfly15337) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Harga hartanah di KL semakin menjadi-jadi. Mereka yang #TakMampu terpaksa duduk di luar KL - tapi pengangkutan awam bermasalah!

— admtnmkrz (@ATMology) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani set a ceiling price for houses. The prices are ridiculously high. Rumah kecik tapi mahal. #TakMampu

— Nasiratul Safiah (@NasiratulSafiah) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani masa utk kukuhkan ekonomi middle class income dulu. Jgn tlalu kejar untung

— JN_aeos (@zaaenab) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani arahkan pemaju bina rumah kos sederhana atau rendah atau flat dengan harga yang berpatutan agar semua mampu milik rumah #TakMampu

— Prince Vegeta (@Aventadorlan) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani tiada apa yg mampu dimiliki rakyat andai kos sara hidup pun tidak mampu diatasi kerajaan,macam mana nak buat rumah mampu milik

— T ReX (@ahw9753) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Satu kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat.
Ia dikira berdasarkan median harga rumah pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, lebih tinggi berbanding median antarabangsa bagi rumah mampu milik pada tiga kali pendapatan isi rumah tahunan.
Pengarah Urusannya Datuk Charon Mokhzani berkata polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen. 
Dalam perkembangan lain, membangunkan semula flat lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan antara langkah dalam menyediakan 50,000 rumah mampu milik di ibu negara, yang menjadi iltizam Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.
"DBKL telah meluluskan lebih kurang 25,000 rumah mampu milik dalam mencapai sasaran tersebut dan projek-projek ini sedang berjalan dengan lancar di seluruh ibu negara," katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.
##takmampu #DBKL #khazanah research institute #netizen #rumah mampu milik
;