Arul PSM telah dibebaskan dari reman
Astro Awani
Februari 20, 2015 18:17 MYT
Februari 20, 2015 18:17 MYT
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan yang ditahan polis semalam, telah dibebaskan kira-kira jam 5.45 petang.
Beliau sebelum itu dijadualkan dibebaskan selewatnya 7 petang, setelah permohonan reman oleh polis terhadapnya ditolak.
Perkara itu dimaklumkan oleh aktivis muda PSM, KS Bawani sebentar tadi.
Permohonan reman terhadap Arutchelvan, atau lebih dikenali sebagai Arul, telah ditolak Majistret Muslina Mohd Jamil selepas mendengar hujah berhubung penangkapannya.
Arutchelvan ditahan di Balai Polis Dang Wangi dipercayai bagi membantu siasatan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di internet yang didakwa berbaur hasutan berkaitan keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 Februari lalu.
Arul diwakili barisan peguam terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Datuk Ambiga Sreenivasan, Latheefa Koya and New Sin Yew.