Arshad diarrhea, pembedahan hati ditangguhkan - Antashah

Wan Syamsul Amly
September 4, 2014 07:57 MYT
ANTASHAH: Arshad diarrhea dan muntah-muntah, prosedur pembedahan hati ditangguhkan
Tiada apa yang lagi permintaan bapa bayi yang mengidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah Antashah (16 bulan), Antashah Mohd Nor kini kecuali melihat anaknya berada dalam keadaan betul-betul bersedia untuk menjalani pembedahan.
Ketika menghubungi Astro AWANI, Antashah berkata, anaknya kini mengalami diarrhea dan muntah-muntah dan terpaksa direhatkan untuk menjalani pemeriksaan rapi.
"Kemungkinan Arshad tidak serasi dengan susu baru yang disyorkan pakar pemakanan. Susu itu perlu kerana Arshad memerlukan nutrien secukupnya sebelum pembedahan pemindahan hati.
"Itu susu terbaik untuknya, walaupun harganya RM 203 (80 SGD) untuk 400 gram, itu yang terbaik untuknya," jelasnya.
Arshad alami diarrhea dan muntah-muntah, terpaksa direhatkan untuk menjalani pemeriksaan rapi - Gambar Antashah
Arshad sudah berada di Singapura untuk memulakan prosedur pembedahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS).
Arshad sebelum ini dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk membiayai kos rawatan pemindahan organ yang akan dilakukan di HUS.
Walau sedar pembedahan itu memerlukan kos besar, Antashah terus berusaha untuk mencari dana dengan pelbagai cara selain menyatakan sanggup untuk memberikan sebahagian hatinya demi melihat melihat anak keduanya itu kembali sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Arshad alami diarrhea dan muntah-muntah, terpaksa direhatkan untuk menjalani pemeriksaan rapi - Gambar Antashah
Bagaimanapun kata Antashah, pemeriksaan darah harian Arshad tetap diteruskan.
"‎Buat masa ini pembekuan darah Arshad tidak begitu baik, pendarahan mudah terjadi jika keadaan darahnya masih begitu.
"‎Setakat ini Arshad telah menerima rawatan membuat transfius darah, tambah platelet darah, diberi ejenis ubat cecair untuk mengeluarkan air dari dalam perutnya dan lain-lain.
"‎Arshad juga telah dibuat Tiub Nasogastric (NG tube) iaitu saluran pemakanan dari hidung terus ke perutnya agar pembekalan nutrien dapat dilakukan dengan kadar lebih cepat," ujarnya.
Arshad alami diarrhea dan muntah-muntah, terpaksa direhatkan untuk menjalani pemeriksaan rapi - Gambar Antashah
Dalam pada itu, ketika ditanya persediaan Antashah sendiri yang akan memberikan hatinya kepada Arshad, ini katanya;
"Saya telah telah diberi penjelasan secara mendalam tentang pemindahan hati, kesan dan prosedur pembedahan oleh koordinator transplan di sini.
"Saya sendiri sudah menjalani pengimbasan tomografi berkomputer atau CT scan untuk melihat keadaan dalaman organ hati.
"‎Ujian darah juga telah dilakukan untuk melihat keadaan kesihatan. Keputusan CT scan dan darah akan diperiksa pakar selain akan dimaklumkan dalam sehari dua lagi," jelasnya.
Arshad alami diarrhea dan muntah-muntah, terpaksa direhatkan untuk menjalani pemeriksaan rapi - Gambar Antashah
Antashah turut memberitahu, dana pembedahan Arshad juga masih belum mencukupi selain kini menggunakan sumbangan sedia ada untuk membiayai kos rawatan dan pemeriksaan sebelum pemindahan hati.
"Memang masih belum cukup, kita berdoa dana untuk pembedahan nanti mencukupi pada saatnya. Maklumat juga boleh diperolehi melalui #donateRM1forbabyarshad, #donatemoreRM1forbabyarshad dan #donateandsavebabyarshad," katanya.
#antashah #Arshad #dana #hati #HUS #Singapura #Twitter #UiTM
;