'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM
Hilmi Malik
Jun 23, 2019 10:52 MYT
Jun 23, 2019 10:52 MYT
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada Ahad menafikan dakwaan tersebar yang kononnya suruhanjaya itu telah mengarahkan para jemaah haji yang ditaja pada tahun 2011 hingga 2018 untuk memulangkan semula wang tajaan itu.
Selain itu arahan menerusi laman Twitter kononnya beliau mengarahkan jemaah haji untuk mengembalikan semula wang tajaan hasil wang curi dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) juga adalah tidak benar sama sekali.
Latheefa mengesahkan perkara itu menerusi akaun rasmi twitter miliknya pada Ahad.
"Ini adalah palsu!," tulisnya ringkas.
Sebelum itu kenyataan palsu yang tersebar itu turut mengarahkan para jemaah haji untuk memulangkan semula wang berkenaan dalam tempoh 30 hari dan akan berdepan tindakan sekiranya ia tidak dilaksanakan.
Baru-baru ini tular di laman twitter berhubung dakwaan berkenaan sehingga menimbulkan persoalan pelbagai pihak termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Fathul Bari yang meminta pihak SPRM untuk menjelaskan dakwaan berkenaan.
#1MDB
#fact checker
#Haji
#kp sprm
#Latheefa Koya
#Malaysia
#palsu
#Semak Fakta
#SPRM
#UMNO
#wang tajaan haji