Arahan kosongkan dorm, almari simpanan di universiti dibatalkan
Harits Asyraf Hasnan
Mei 30, 2020 16:55 MYT
Mei 30, 2020 16:55 MYT
Arahan untuk para penuntut universiti mengosongkan dormitori dan almari simpanan di kolej kediaman telah dibatalkan.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata para penuntut tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali ke kampus dan membawa pulang barangan peribadi mereka.
"Mereka tidak dibenarkan (kembali ke kampus). Saya telah mendapat makluman daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bahawa arahan untuk mengosongkan barang mereka di dorm telah dibatalkan.
"Jadi mereka tak perlu tergesa-gesa untuk pulang ke kampus mengambil barang mereka. Tinggal dulu (barang) untuk sementara waktu.
"Sampai masa, kita akan benarkan. Tapi tunggu dahulu, bukan sekarang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kampus
#kolej kediaman
#kosongkan almari
#kosongkan dorm
#penuntut universiti