Aquino yakin isu Sabah boleh selesai di meja rundingan

Astro Awani
Mac 18, 2013 20:10 MYT
Presiden Filipina, Benigno Aquino yakin bahawa isu tuntutan ke atas negeri Sabah hanya boleh diselesaikan kedua pihak melalui meja rundingan.
Perkara itu dibangkitkan ketika beliau menghadiri Majlis Tauliah Kadet di Akademi Tentera Filipina.
Dalam kenyataanya, Aquino mengakui Malaysia tidak akan mudah akur dengan tuntutan waris kesultanan Sulu.
Ia dikukuhkan dengan fakta status Sabah yang sudah lama berada di bawah kedaulatan Malaysia.
Aquino juga mengkritik tindakan pengganas Sulu menceroboh ke kawasan pantai timur Sabah kerana membahayakan nyawa lebih 800,000 warganya yang mendiami kawasan itu.
Sementara itu, jurucakap keluarga Kiram, Abraham Idjirani terus mempertahankan tindakan pencerobohan bagi menuntut negeri Sabah.
Idjirani mendakwa, tuntutan mereka tidak pernah diendahkan kerajaan Manila.
Sementara itu, Idjirani juga menegaskan Agbimuddien yang mengetuai pencerobohan bersenjata itu masih berada di Sabah.
#Abraham Idjirani #Agbimuddien #Benigno Aquino
;