Apple, NVIDIA dilapor ingin melabur dalam OpenAI

Amanz
Ogos 30, 2024 11:40 MYT
Ini akan membuatkan pelbagai syarikat terkemuka teknologi kini bersaing dalam mendapatkan pegangan masing-masing pada OpenAI.
OPENAI diperkatakan sedang dalam proses meraih dana pelaburan baharu pada nilai syarikat mencapai lebih AS$100 bilion.
Melalui pusingan suntikan dana baharu ini, antara syarikat yang diperkatakan akan menyertainya adalah Microsoft.
Tidak setakat itu, kini hadir laporan baharu mengatakan Apple dan NVIDIA turut ingin menyertai pusingan suntikan dana baharu pada OpenAI ini, sekali gus turut mempunyai pegangan pada syarikat tersebut.
Ini akan membuatkan pelbagai syarikat terkemuka teknologi kini bersaing dalam mendapatkan pegangan masing-masing pada OpenAI.
Apple sedia sebelum ini mengumumkan akan mengintegrasikan ChatGPT pada produk iPhone dan macOS mereka.
Sementara NVIDIA pula menerajui pasaran penawaran perkakasan yang menguasakan pelbagai model kecerdasan buatan.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan siapakah lagi yang akan menyertai dalam pelaburan ke dalam OpenAI ini. -Amanz
#Apple #OpenAI #NVIDIA #dana pelaburan