Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Amanz
Mei 7, 2024 14:20 MYT
Mei 7, 2024 14:20 MYT
BARU-BARU ini, Jeff Pu iaitu penganalisis dari Haitong International Securities turut mendedahkan beberapa informasi mengenai keluarga iPhone 17 yang akan dilancarkan ada tahun 2026.
Apa yang menarik dengan laporan beliau adalah Apple dikatakan akan menggantikan model Plus dengan iPhone 17 Slim.
iPhone 15 Pro vs iPhone 16 Pro
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin nirbingkai dengan kaca pelindung seakan Gorilla Glass Armor pada Samsung Galaxy S24 Ultra dan saiz skrin lebih kecil.
Peranti turut akan dijana cip dengan rekaan 2nm. Saiz skrin baharu bagi iPhone 17 Slim adalah 6.6-inci berbanding sebelum ini 6.7-inci pada model Plus.
iPhone 17, 17 Plus dan 17 Pro dikatakan akan menggunakan rekaan baharu yang lebih kompleks sementara model Pro Max akan kekal dengan binaan titanium yang premium.
Selain itu, tiga iPhone 17 ini akan menggunakan rekaan Dynamic Island yang sama tetapi adalah lebih kecil pada iPhone 17 Pro Max.
Saiz kecil ini boleh digunakan kerana FaceID akan menggunakan lensa metalens baharu. Cip A18 atau A19 mungkin akan digunakan pada iPhone 17 dan iPhone 17 Slim dengan 8GB RAM.
Kemudian cip A19 Pro akan digunakan pada iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max dengan 12GB RAM. Kamera swafoto juga akan dinaiktaraf ke sensor 24MP berbanding 12MP sekarang.
Dynamic Island
Buat masa ini, Apple masih sedang mengusahakan pengeluaran iPhone 16 yang akan dilancarkan sekitar September akan datang.
Jadi maklumat lebih jelas mengenai iPhone 17 hanya akan diketahui seawal hujung tahun ini ke awal tahun hadapan nanti.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz