Apple dilapor akan hentikan pengeluaran Vision Pro penghujung tahun ini

Amanz
Oktober 24, 2024 11:40 MYT
Permintaan untuk Apple Vision Pro tidak setinggi yang dijangka, dan ia belum dipasarkan di banyak negara termasuk Malaysia. -Amanz
APPLE dilapor telah mula mengurangkan pengeluaran Apple Vision Pro, iaitu set kepala realiti maya mereka yang berharga mahal, dan dijangka akan menghentikan pengeluaran untuk versi sedia ada sepenuhnya menjelang penghujung 2024 ini.

Ringkasan AI
  • Apple telah mula mengurangkan pengeluaran Apple Vision Pro dan dijangka menghentikan pengeluaran versi sedia ada menjelang akhir 2024.
  • Permintaan untuk Apple Vision Pro tidak setinggi yang dijangka, dan ia belum dipasarkan di banyak negara termasuk Malaysia.
  • Apple menghentikan sementara pembangunan generasi kedua dan kini memfokuskan kepada versi yang lebih murah.

Langkah ini mungkin kerana Apple sudah mempunyai stok mencukupi untuk Apple Vision Pro, dan permintaan untuknya tidak setinggi yang dijangka.
Malah, Apple Vision Pro sendiri belum dipasarkan di negara-negara lain, termasuk Malaysia – mungkin kerana harganya yang tinggi.
Di samping itu, Apple turut dikatakan telah menghentikan sementara pembangunan generasi kedua set kepala berkenaan, dan kini lebih memfokuskan kepada pembangunan versi berharga lebih murah.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah Apple akan mengambil langkah dalam meneruskan pemasaran dan menarik lebih ramai menggunakan set kepala realiti maya mereka. -Amanz
#Apple Vision Pro #kurangkan pengeluaran #pembangunan generasi kedua #versi lebih murah
;