Apple dijangka perkenal aplikasi pengurusan kata laluan untuk iPhone, iPad dan Mac
Amanz
Jun 7, 2024 14:54 MYT
Jun 7, 2024 14:54 MYT
APPLE sebelum ini telah sedia memperkenalkan beberapa penawaran sebagai alternatif kepada penyedia perkhidmatan lain, sekali gus 'membunuh' aplikasi atau perkhidmatan pesaing.
Terbaharu, Apple dilaporkan sedang melihat untuk menawarkan sebuah aplikasi pengurusan kata laluan baharu, dinamakan Passwords.
Aplikasi ini dijangka diperkenalkan untuk pengguna iPhone, iPad dan juga Mac. Sekiranya laporan ini tepat, maka kita mungkin melihat Apple memperkenalkan pesaing untuk perkhidmatan seperti LastPass dan juga 1Password.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pengguna dalam menguruskan kata laluan berbanding penawaran iCloud Keychain pada hari ini.
Pengguna peranti Apple kelak boleh menguruskan pelbagai kata laluan dan pengesahan dwifaktor dengan mudah melaluinya.
Apple dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran ini pada acara WWDC 2024 yang dijadualkan pada minggu hadapan. -Amanz