Apple dijangka kemas kini siri 'iPhone e' setiap tahun – iPhone 17e pada 2026?
Amanz
Februari 28, 2025 14:00 MYT
Februari 28, 2025 14:00 MYT
Laporan penganalisis menyasarkan Apple akan memperkenalkan siri iPhone e ini pada setiap tahun, dengan iPhone 17e dijangka diperkenalkan pada 2026. -Amanz
APPLE pada tahun ini telah memilih untuk menamatkan siri iPhone SE, sebaliknya menggunakan jenama iPhone 16e untuk model baharu – selari pengenalan siri iPhone 16 pada penghujung 2024.
Ringkasan AI
- Apple telah menamatkan siri iPhone SE dan memperkenalkan iPhone 16e sebagai model baharu, selari dengan pengenalan siri iPhone 16 pada penghujung 2024.
- Laporan penganalisis menyasarkan Apple akan memperkenalkan siri iPhone e ini pada setiap tahun, dengan iPhone 17e dijangka diperkenalkan pada 2026.
- Beberapa komen awal pengguna menyatakan harga penawaran untuk model iPhone 16e agak tinggi, membuatkan mereka mungkin memilih iPhone 16 terus sekiranya inginkan iPhone berbanding iPhone 16e.
Lanjutan daripadanya, kini hadir laporan penganalisis menyasarkan Apple memperkenalkan siri iPhone e ini pada setiap tahun.
Ini sekali gus memperlihatkan kita mungkin melihat iPhone 17e diperkenalkan pada 2026, dan seterusnya – selari pengenalan siri baharu iPhone.
Buat masa ini, perkara ini adalah jangkaan awal, dan tidak diketahui sama ada Apple akan meneruskannya atau sebaliknya.
Beberapa komen awal pengguna turut mengambil kira berkenaan dengan harga penawaran untuk model berkenaan yang agak tinggi, membuatkan mereka mungkin memilih iPhone 16 terus sekiranya inginkan iPhone berbanding iPhone 16e. -Amanz