LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan meningkatkan langkah keselamatan di dalam feri penumpang laluan pulau bebas cukai ini ke tanah besar Sabah.
Pengarah Zon Maritim APMM Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata antara langkah itu ialah pemeriksaan ketat terhadap peralatan dan jaket keselamatan serta tayangan video mengenai kaedah keselamatan untuk penumpang feri.
"Walaupun perjalanan dari Labuan ke jeti Jesselton, Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam dengan feri ekspres, kita tidak tahu apa akan berlaku semasa dalam perjalanan.
"Penumpang mesti tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan di laut, justeru penumpang harus faham sepenuhnya teknik pemindahan ketika kecemasan dan tip keselamatan penumpang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan video tip keselamatan untuk penumpang, kepada Pengarah Eksekutif LDA (Holdings) Sdn Bhd Mohammad Ridzuan Ibrahim di Terminal Feri Antarabangsa Labuan di sini hari ini.
Nudin berkata sebanyak 12 kes kesalahan berkaitan maritim direkodkan setakat ini, dan pemeriksaan terhadap semua jenis kapal akan diteruskan.
Beliau turut menggesa pengendali feri dan bot penumpang supaya sentiasa meningkatkan kecekapan kru.
Sementara itu, Mohammad Ridzuan berkata syarikat pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan itu sering memastikan ciri-ciri keselamatan di feri ekspres dan bot penumpang dalam keadaan baik dan dijaga oleh pengendali yang beroperasi di terminal.
"Kami selalu mengadakan pemeriksaan ke atas feri ekspres dan bot penumpang kerana aspek keselamatan terhadap penumpang adalah keutamaan kami," katanya.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Laut Malaysia Labuan Nur Muhammad Subri berkata pihaknya sering mengadakan sesi libat urus mengenai langkah keselamatan dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.
"Kami juga menjalankan pemantauan dan pemeriksaan mengenai kaedah keselamatan ke atas kapal penumpang dengan kerjasama APMM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Nudin Jusoh berkata antara langkah itu ialah pemeriksaan ketat terhadap peralatan dan jaket keselamatan serta tayangan video mengenai kaedah keselamatan untuk penumpang feri. - Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.