APMM izin kemasukan 56 pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan

Agensi
April 3, 2018 15:01 MYT
Zulkifli berkata pelarian Rohingya dari Myanmar itu dibenarkan masuk ke Malaysia atas dasar kemanusiaan. - Sumber foto APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membenarkan sekumpulan pelarian memasuki negara ini selepas memintas sebuah bot yang dipercayai membawa pelarian Rohingya dari Myanmar, di bahagian utara Langkawi di Kedah.
Memetik laporan portal Reuters, bot tersebut didakwa membawa 56 pelarian Rohingya yang membuat hentian di selatan Thailand sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia dalam keadaan cuaca buruk.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Sri Zulkifli Abu Bakar berkata pelarian Rohingya dari Myanmar itu dibenarkan masuk atas dasar kemanusiaan.
"Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen," kata Zulkifli.
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia #APMM #bot #Imigresen #Kedah #Langkawi #Myanmar #pelarian #Rohingya #Thailand #Zulkifli Abu Bakar
;