APMM akan panggil pengusaha feri terbakar

Nur Fazlizai Ali
Mei 7, 2023 10:50 MYT
Seramai 79 penumpang berdepan detik cemas selepas feri yang dinaiki mereka dari Pulau Redang terbakar. - Foto tular
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu akan memanggil pengusaha feri yang terbakar ketika dalam perjalanan dari Pulau Redang ke jeti Kuala Terengganu pada Sabtu.
Pengarahnya Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden itu dalam waktu terdekat.
Katanya selain itu pihaknya akan memfokuskan dan menilai tahap pematuhan serta keselamatan di laut.
Jelasnya aspek berkenaan penting dan perlu dititikberatkan bagi menggelakkan kejadian yang sama berulang.
Pada Sabtu seramai 79 penumpang berdepan detik cemas selepas feri yang dinaiki mereka dari Pulau Redang terbakar.
Difahamkan kesemua mangsa telah selamat dilabuhkan di jeti Pulau Bidong dan dipindahkan ke feri yang lain.
#APMM #feri terbakar #Mohd Khairulanuar Abd Majid #pengusaha
;