APM Kedah berjaya tangkap ular sawa batik 100 kilogram
Astro Awani
April 22, 2017 11:38 MYT
April 22, 2017 11:38 MYT
Seekor ular sawa batik sepanjang enam meter berjaya ditangkap selepas menelan seekor kambing di Kampung Bukit Hijau di sini pada Jumaat.
Pada kejadian 10 malam itu, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular seberat 100 kilogram itu.
Ular sawa itu ditemui penduduk ketika menelan seekor kambing di dalam kandang.
Namun, ia dipercayai tidak dapat melarikan diri kerana kekenyangan.
Pegawai APM Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata ular sawa itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Baling pada Ahad.
Beliau turut menasihatkan penduduk berhati-hati sekiranya terjumpa ular berbisa dan ular sawa supaya menghubungi APM negeri di talian 04-4701626 atau kecemasan 999.