Aplikasi MySejahtera, apa yang anda perlu tahu
Khairunnisa Kasnoon
Mei 11, 2020 12:30 MYT
Mei 11, 2020 12:30 MYT
SEBELUM ini, kerajaan telah memperkenalkan Gerak Malaysia yang merupakan aplikasi khas untuk memudahkan urusan permohonan permit pergerakan orang ramai, khususnya yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Kini aplikasi MySejahtera diperkenalkan bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Ia membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan pada masa sama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Ini apa yang anda perlu tahu mengenai MySejahtera.
1. Kemudahan aplikasi
• Membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
• Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan COVID-19
• Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19.
• Membantu individu mengenalpasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
2. Peneraju aplikasi MySejahtera
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama stratergik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
• Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
• Pentadbir aplikasi di KKM
4. Undang-undang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi
AplikasI MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Mengemukakan maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
#aplikasi khas
#COVID-19
#Gerak Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#MySejahtera
#pengawasan penularan wabak
#penilaian kesihatan kendiri
#permit pergerakan