Aplikasi MyPesara bantu perancangan persaraan dengan lebih interaktif

Asyraf Roslan
November 13, 2018 15:06 MYT
Ketua Pengarah Eksekutif KWAP , Tuan Syed Hamadah Othman bergambar bersama rakan niaga KWAP selepas perasmian aplikasi MYPESARA - Astro AWANI/Asyraf Roslan
Perancangan persaraan dan perkhidmatan pencen yang lebih dinamik serta interaktif kini boleh dilakukan menerusi aplikasi atas talian, MyPesara, yang dilancarkan hari ini oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
Menurut Ketua Pengarah Strategi Dan Prestasi Korporat, Ismail Zakaria, MyPesara merupakan satu langkah baharu bagi pesara untuk melakukan sendiri proses kemas kini maklumat.
"Versi baharu MyPesara ini memperkenalkan ciri-ciri yang lebih interaktif dan peribadi. Para pesara boleh mengemas kini segala maklumat tanpa perlu pergi cawangan kami," katanya kepada Astro AWANI.
Selain itu, aplikasi itu juga mempunyai berapa kelebihan baharu yang membolehkan pengguna mendapatkan butiran terkini tahap kesihatan dan menguruskan perbelanjaan selain fungsi butang kecemasan yang membolehkan pengguna memberitahu lokasi kecemasan.
Pengguna aplikasi juga boleh mendapat faedah daripada rakan kongsi KWAP seperti Grab, Celcom, Domino's, dan banyak lagi.
MyPesara bukan sahaja memfokuskan kepada golongan pesara, malah semua lapisan masyarakat boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui Google Play Store Dan App Store.
KWAP juga akan mengadakan Karnival Rasa Sayang pada 24 November bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak bagi memperkenalkan aplikasi tersebut kepada pengguna.
#Astro Awani #KWAP #MyPesara #pesara #rakyat
;