Aplikasi 'Journey Planner' siap sepenuhnya Jun 2018

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Mac 22, 2018 18:24 MYT
Antara ciri-ciri aplikasi adalah seperti pilihan mod perjalanan yang tersedia kepada pengguna bagi perjalanan dari titik A ke B serta anggaran tambang dan masa menunggu.
Satu aplikasi mudah alih pintar sedang dibangunkan bagi membantu pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang untuk merancang perjalanan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata aplikasi ini dijangka akan siap sepenuhnya pada suku kedua tahun ini.
Tambah beliau, aplikasi yang diberi nama 'Journey Planner' itu akan memaparkan data masa sebenar (real-time data) secara langsung (live) kepada pengguna bagi perkhidmatan yang akan mereka gunakan.
"Kita berharap aplikasi ini akan dapat membantu serta menggalakkan pengguna bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan," kata beliau ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Antara ciri-ciri aplikasi adalah seperti pilihan mod perjalanan yang tersedia kepada pengguna bagi perjalanan dari titik A ke B serta anggaran tambang dan masa menunggu.
#aplikasi #Lembah Klang #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #mudah alih pintar #Nancy Shukri #pengangkutan awam #perjalanan #perkhidmatan
;