Aplikasi iBomba untuk aduan dan tips keselamatan

Astro Awani
Januari 18, 2018 13:37 MYT
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Noor Ibrahim menjelaskan, aplikasi berkenaan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan. - Foto Astro AWANI/Abdul Hakim Rahman
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkenalkan aplikasi iBomba bagi membolehkan orang awam menghubungi jabatan berkenaan untuk menyalurkan aduan atau mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan mudah.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Noor Ibrahim menjelaskan, aplikasi berkenaan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan berhubung keselamatan kebakaran seperti pintu rintangan api yang terhalang atau dikunci.
"Aplikasi iBomba juga maklumat mengenai jabatan berkenaan selain memaparkan tips-tips keselamatan kebakaran dan cara mencegahnya.
"Bagaimanapun untuk kes-kes kecemasan, pihak kami menggalakan orang awam menggunakan talian kecemasan 999 memandangkan tempoh masa tindakan menggunakan panggilan berkenaan lebih pantas berbanding aplikasi berkenaan," katanya.
Beliau ditemui pada sidang media selepas Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 2018, di sini.
Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media dan orang awam yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain serta mengelakkan kerugian harta benda yang lebih besar.
#aplikasi #bomba #JBPM #keselamatan kebakaran #Ketua Pengarah #penghargaan #tips kebakaran #Wan Mohd Noor Ibrahim
;