Aplikasi Google Photos dikemas kini dengan ciri suntingan video automatik

Amanz
September 25, 2024 14:50 MYT
Video boleh dipotong dengan mudah dan disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI). -Amanz
APLIKASI Google Photos untuk Android dan iOS telah dikemas kini pagi ini membawakan ciri suntingan video baharu.

Ringkasan AI
  • Google Photos untuk Android dan iOS kini mempunyai ciri suntingan video baharu.
  • Video boleh dipotong dengan mudah dan disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI).
  • Suntingan gerak perlahan, penstabilan video, dan peningkatan warna dipermudahkan dengan satu butang.

Dalam mod suntingan, video boleh dipotong dengan lebih mudah bagi memastikan babak yang diingini sahaja digunakan dalam video yang kemudiannya dikongsi ke media sosial.
Selain itu bagi memudahkan suntingan, Photos juga hadir dengan sistem suntingan video dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) dengan pratetapan terbina.
Melakukan suntingan dengan gerak perlahan juga dipermudahkan lagi bagi menghasilkan visual lebih dramatik.
Proses mencari babak sesuai untuk gerak perlahan, memotong babak diperlukan, mengenakan kesan gerak perlahan dan menyunting warna video semuanya dilakukan secara automatik.
Video turut dapat distabilkan daripada babak bergoyang dan warna dapat dipertingkatkan dengan menekan satu butang sahaja.
Ciri ini diberikan bermula hari ini menerusi kemas kini Google Photos secara berperingkat. -Amanz
#Google Photos #suntingan video #kecerdasan buatan #Suntingan gerak perlahan
;