Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025

Amanz
November 21, 2024 12:40 MYT
Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi dan perbankan dalam talian baharu di bawah jenama BIMB, menggantikan aplikasi GO by Bank Islam yang akan ditamatkan menjelang November 2025. -Amanz
BANK Islam hari ini memperkenalkan penawaran aplikasi dan perbankan dalam talian yang serba baharu di bawah jenama BIMB.

Ringkasan AI
  • Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi dan perbankan dalam talian baru di bawah jenama BIMB, menggantikan aplikasi GO by Bank Islam yang akan ditamatkan menjelang November 2025.
  • Aplikasi BIMB akan menambah ciri-ciri baharu secara berfasa, menawarkan pengalaman yang lebih moden dan lancar berbanding aplikasi GO yang sering menghadapi masalah.
  • Pengguna diminta beralih ke aplikasi BIMB sebelum November 2025 untuk mengelakkan sebarang gangguan penggunaan apabila aplikasi GO dan Perbankan Internet Bank Islam ditamatkan sepenuhnya.

Selari dengannya juga, Bank Islam kini berkongsi mengatakan aplikasi perbankan sebelum ini, iaitu GO by Bank Islam akan ditamatkan menjelang November 2025.
GO by Bank Islam sedia digunakan lebih 1.9 juta pelanggan aktif sejak kira-kira 5 tahun yang lepas, dan memperlihatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi melaluinya.
Namun, kebelakangan ini, ia sering menghadapi masalah ketika digunakan, membuatkan ramai yang mengkritik aplikasi dan penawaran berkenaan.
Selari dengannya, pihak Bank Islam kini telah memperkenalkan aplikasi yang lebih moden dan lancar, dinamakan BIMB.
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.
Aplikasi GO dan Perbankan Internet Bank Islam akan ditamatkan operasi sepenuhnya menjelang November 2025.
Para pengguna diminta beralih ke BIMB untuk mengelak sebarang gangguan penggunaan. -Amanz
#Bank Islam #BIMB #aplikasi baharu #GO by Bank Islam
;