Api kembali menyala di kapal layar akibat angin kuat

Adie Sufian Zulkefli
Februari 18, 2021 18:27 MYT
Bara api di kapal layar yang terbakar pagi tadi kembali menyala semula dan menjilat bahagian kemudi dan belakang kapal. - Gambar APMM
LANGKAWI: Akibat cuaca panas terik berserta angin kuat mengakibatkan bara api di sebuah kapal layar yang terbakar pagi tadi kembali menyala semula dan menjilat bahagian kemudi dan belakang kapal.
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, api berkenaan menyala semua dan menyambar dua bahagian kapal itu sekitar pukul 3 petang.
Ekoran itu, kerja-kerja pemadaman giat dilakukan.
Dalam kejadian pukul 8.18 pagi iotu, sebuah kapal layar dilaporkan terbakar di kawasan perairan kira-kira 0.6 batu nautika Timur Laut Pulau Singa Kechil, di sini.
Tujuh lelaki yang juga kru kapal itu berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipindahkan ke KM Tenggol.
Kebakaran kapal layar itu dikesan kapal Maritim Malaysia, KM Tenggol sejurus kemudian maklumat disalurkan ke Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi, serta Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
BACA: Kapal layar terbakar, 7 kru diselamatkan Maritim Malaysia
#kapal layar terbakar #tujuh kru kapal #Timur Laut Pulau Singa Kechil #Langkawi #Kedah #KM Tenggol #Maritim Malaysia #Laksamana Pertama Maritim #Mohd Zawawi Abdullah
;