KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulangi gesaan agar gagasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menjadikan vaksin COVID-19 sebagai barangan awam global.
Menurutnya, APEC juga perlu melakukan yang terbaik dalam usaha memudahkan akses yang mampu milik dan saksama kepada vaksin COVID-19.
“Justeru, Malaysia menantikan permulaan rundingan berasaskan teks mengenai pengecualian sementara untuk peruntukan tertentu dalam Perjanjian mengenai Aspek Hak Harta Intelek berkaitan Perdagangan (TRIPS) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berikutan ini akan meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian kepada vaksin COVID-19,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau menekankan keperluan APEC mengoptimumkan semua alat dasar dan bertindak sebagai kumpulan dalam memastikan perdagangan terus berjalan tanpa gangguan dalam tempoh sukar ini.
“Pegawai terlibat juga perlu mempercepatkan penggunaan pendigitalan dengan mengambil kira cabaran mendesak yang dihadapi oleh APEC semasa pandemik.
“Ekonomi APEC harus berkongsi data berkaitan dan maklumat berhubung COVID-19 melalui Pertukaran Terkini dan Segera Secara Maya mengenai COVID-19 APEC, platform perkongsian maklumat digital yang dilancarkan pada tahun lepas,” ujarnya.
Sementara itu, Azmin turut menekankan kepentingan untuk memuktamadkan rundingan mengenai subsidi perikanan, yang akan memberi isyarat jelas bahawa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) boleh memberikan hasil pelbagai hala.
Di Malaysia, Azmin berkata subsidi adalah untuk golongan sasaran dengan matlamat utama bagi meningkatkan kehidupan ribuan nelayan yang berpendapatan rendah, yang bergantung kepada penangkapan ikan secara kecil-kecilan.
“Bagaimanapun, layanan istimewa dan berbeza perlu kekal sebagai aspek penting dalam rundingan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesyuarat Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan APEC Ke-27 secara maya pada 5 Jun, dihadiri delegasi Malaysia yang diketuai Azmin.
Astro Awani
Sun Jun 06 2021
Azmin turut menekankan keperluan APEC mengoptimumkan semua alat dasar dan bertindak sebagai kumpulan dalam memastikan perdagangan terus berjalan tanpa gangguan dalam tempoh sukar ini. - Gambar MITI
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.